Saturday, May 26, 2018

Menjaga Amanat dan Berlaku Adil

Ummu Salamah r.a., isteri Nabi SAW mengatakan bahawa Nabi SAW mendengar sebuah pertengkaran daripada balik pintu kamarnya, lalu Baginda keluar menemui mereka dan bersabda, "Aku ini hanyalah manusia biasa. Sesungguhnya pertengkaran atau perselisihan seringkali dibawa ke hadapanku. Mungkin sahaja salah seorang di antara kalian lebih pandai berlawan lidah daripada lawan musuhnya, sehingga aku menganggapnya benar, kemudian aku memutuskan memenangkannya kerana (kepandaian bicara) itu. Maka, siapa yang aku putuskan menang dengan mengambil hak seorang muslim, bererti itu adalah potongan dari api neraka. Oleh kerana itu, silakan dia ambil atau tinggalkan." (Hadis riwayat : Bukhari, Sahihul Bukhari, Juz 4, No. Hadis 7181, 1400 H : 338)

No comments:

Post a Comment