Monday, April 14, 2014

Pengurusan Lean (Lean Management)

PENGURUSAN LEAN – KEFAHAMAN DAN CABARAN

Engr. Mohd. Hasrizal Hasim, B.Eng(Civil)Hons.
Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang

Sinopsis


Pengurusan Lean merupakan kaedah pengurusan baru yang dikenalpasti mampu memberikan impak kepada kecekapan pengurusan dengan mengutamakan nilai kepada pelanggan. Konsep yang diadaptasi dari negara luar yang mempunyai latar budaya yang berbeza, adakalanya sukar untuk berjaya. Oleh itu adalah penting setiap tenaga kerja dalam sesebuah organisasi betul-betul memahami konsep pengurusan dari segala aspek sehingga dapat benar-benar menghargai dan melaksanakan pengurusan lean dengan ikhlas.


Terdapat kajian yang mendapati kaedah pengurusan ‘tradisional’ tidak dapat memberikan jaminan terhadap penumpuan kerja yang jelas mahupun untuk membantu mengekalkan inisiatif ‘lean’. Sekiranya tiada tindakan diambil untuk mengubah cara kita menguruskan proses tertentu, merubah minda tenaga kerja dan produk, maka kemungkinan kita akan melihat kegagalan dalam perlaksanaan ‘lean’. Kita melihat banyak contoh dimana sebahagian besar golongan yang begitu optimis dengan ‘lean’ gagal untuk melaksanakan ‘lean’ dalam bentuk yang menyeluruh. Pada kebiasaannya mereka bermula dengan menggunapakai kaedah (tools) tanpa tunjukajar yang sebetulnya, begitu juga apabila pihak pengurusan sesebuah syarikat tidak berubah ke peringkat seterusnya.


Suatu bentuk sistem pengurusan yang menjurus kepada keperluan untuk transformasi organisasi adalah sangat mustahak. Justeru penggunaan teknik Pengurusan Lean dilihat sebagai salah satu daripada kaedah yang mungkin dapat membawa perubahan yang positif. Memandangkan terdapat berbagai teori dan pendapat dari berbagai pihak, adalah penting untuk PKNP memastikan bahawa perlaksanaan Pengurusan Lean tidak terlalu terikut-ikut dengan pemain-pemain industri yang lain, sebaliknya hendaklah ‘move forward’ mengikut acuannya sendiri tanpa meninggalkan ‘nilai-nilai’ yang ditekankan oleh Pengurusan Lean. Kefahaman terhadap konsep pengurusan lean adalah penting dan tentunya penerapan budaya kerja baru ini akan mempunyai berbagai cabaran.


Pengurusan Lean adalah satu dari bahagian yang penting dalam pemikiran ‘lean’ (lean thinking) yang bermaksud mewujudkan kecenderungan untuk memberikan lebih nilai kepada para pelanggan dengan sumber yang sedikit. Berdasarkan kajian literature yang diperolehi, sekurang-kurangnya satu persepakatan yang disetuju terima oleh para pengamal ‘pengurusan lean’ bermaksud ‘menghapuskan pembaziran’ (elimination of waste) atau dalam bahasa Jepun di sebut ‘MUDA’.Walaubagaimanapun ada juga pendapat yang mengatakan bahawa ‘pembaziran’ (waste) bukanlah perkataan yang terbaik untuk takrifan ‘lean’. Terdapat 3 (tiga) lagi perkataan yang mungkin mampu menggambarkan maksud ‘lean’ dengan lebih baik.


• Nilai (Value)


Faktor ‘nilai’ akan menumpukan perhatian terhadap pelanggan. Segala-galanya adalah ‘nilai’ yang dihasilkan dan bagaimana ‘nilai’ tersebut dipersiapkan. Sehingga kita faham tentang ‘nilai’, baharulah kita dapat berkerja untuk menghapuskan perkara atau proses yang ‘tiada nilai’, maknanya kita kembali kepada isu pembaziran. Kebanyakan syarikat dilihat tidak mempunyai kaedah yang baru untuk menyampaikan ‘nilai’ tersebut (didn’t seem to have many new ways to deliver value), telah mengubah perhatian kepada bagaimana sesuatu produk/nilai itu disampaikan/disiapkan. Companies that get so focused on eliminating waste that they forget to continually regenerate the delivery of value will not survive in the long run !


• Penjajaran (Alignment)


Dalam membicarakan tentang pengurusan ‘lean’, kita selalu berjumpa dengan penggunaan perkataan ‘common’ seperti ‘common sense’, ‘common language’, ‘common method’, ‘common thinking’.


Sebenarnya apa yang perlu adalah untuk membentuk suatu budaya yang mungkin lebih sesuai dikatakan sebagai ‘common beliefs and behavior’. Apa yang dikehendaki adalah untuk membina ‘standardization’, iaitu mendapatkan kaedah atau ‘common way’ untuk melaksanakan sesuatu proses. Dalam lain perkataan, apa yang diperlukan adalah untuk ‘aligned’ atau melakukan penjajaran terhadap ‘apa yang cuba kita buat’ dengan ‘bagaimana kita cuba untuk membuatnya’.


Ramai yang berpendapat bahawa ‘lean’ secara umumnya adalah usaha untuk membina sebuah organisasi dimana semua tenaga kerja ditarik ke satu arah yang sama. Proses Value Stream Mapping (VSM) buka semata-mata peta, tujuannya adalah supaya semua pihak mempunyai pemahaman yang sama (common understanding) terhadap realiti semasa dan seterusnya menjalin ikatan tentang ke mana arah tuju syarikat dan bagaimana untuk mencapai tujuan tersebut.


Sebuah oraganisi yang ‘lean’ perlu melalui proses penjajaran semula, dan ia perlu melibatkan kedua-dua penjajaran melintang (horizontal) dan menegak (vertical). Setiap tindakan hendaklah berasaskan hormat-menghormati antara satu sama lain, dan untuk faedah bersama sebagai sebuah organisasi yang mempunyai tujuan yang sama. Lean is a lot about alignment !.


• Masalah (Problem)


Ada juga yang berpendapat bahawa ‘lean’ adalah lebih kepada penyelesaian masalah (problem solving) berbanding menghapuskan pembaziran. Para pengamal ‘lean’ adalah penyelesai masalah. Tumpuan harus diberikan kepada penyelesaian masalah dan masalah itu sendiri. Adalah penting untuk mencari masalah yang tersembunyi, mengutarakan masalah tersebut, menyebutnya dengan jelas, menguruskan masalah tersebut dan menyelesaikannya.


Organisasi yang ‘lean’ akan berfikir tentang membangunkan strategi bagi penyelesaian masalah. Mereka menjadikan masalah orang lain sebagai penyelesaian masalah mereka. Pada mereka dengan berbagai kaedah dan tujuan, mereka mampu melepasi sebarang halangan. Yes, waste elimination is great !


Terdapat beberapa kategori pembaziran yang diutarakan dalam konsep pengurusan lean, antaranya adalah :


Defects Over-processing Waiting Transportation & Handling Overproduction Waste Underutilized human potential Inventories Human Motion Confusion Unsafe or unergonomic


Jenis-jenis pembaziran ini menunjukkan fitrah manusia yang inginkan kesempurnaan, inginkan suatu sistem yang lengkap dan bijaksana, inginkan kepercayaan kepada kakitangan tanpa perlu pengawasan, inginkan kesejahteraan, inginkan sistem yang berkeupayaan tinggi, inginkan kepastian dan ketetapan dalam melaksanakan kerja. Setelah diteliti ciri-ciri dan sifat-sifat ini adalah merupakan sebahagian dari sifat-sifat Allah berikut :


•Al-Salam - Yang Maha Selamat Sejahtera

•Al-Muhaimin - Yang Maha Pengawal serta Pengawas

•Al-Mutakabbir - Yang Melengkapi Segala kebesaranNya

•Al-Khabir - Yang Maha Mengetahui

•Al-Hafiz - Yang Maha Memelihara

•Al-Muqit - Yang Maha Menjaga

•Al-Hasib - Yang Maha Penghitung

•Al-Hakim - Yang Maha Bijaksana

•Al-Wakil - Yang Maha Pentadbir

•Al-Muhsi - Yang Maha Penghitung

•Al-Wajid - Yang Maha Penemu

•Al-Qadir - Yang Maha Berupaya

•Al-Muqtadir - Yang Maha Berkuasa

•Al-Muqaddim - Yang Maha Menyegera

•Al-Ghaniy - Yang Maha Kaya Dan Lengkap

•Al-Mani' - Yang Maha Pencegah

•Ar-Rasyid - Yang Memimpin Kepada Kebenaran


Barangkali penerapan nilai-nilai pengurusan lean ini perlu disepadukan dengan unsur-unsur keagamaan seperti ini untuk memberikan kesedaran bahawa konsep lean yang diperkenalkan juga mampu mendekatkan diri kepada Yang Maha Mencipta.


Apatah lagi konsep menghapuskan pembaziran (waste elimination) telah lama wujud dalam Islam. Amalan membazir ini amat dilarang Allah hingga orang yang membazir itu disamakan dengan saudara syaitan. Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya" (Surah al-Isra', ayat 27).


Pengurusan ‘lean’ membawa satu budaya kerja yang baru. Ia menuntut perubahan secara menyeluruh, bersepadu dan konsisten. Kerana itu semua anggota organisasi perlu diberikan kefahaman dari semasa ke semasa tentang keperluan dan kebaikan pengurusan ‘lean’. Kesedaran yang lahir dari keikhlasan bekerja untuk sama-sama menyumbang kepada kejayaan organisasi amat penting. Inilah cabaran yang sebenarnya.


Budaya ‘lean’ berasal dari negara asing yang mempunyai latar budaya yang berbeza. Kajian yang dijalankan oleh Prof. Dr. Ahmad Bashir Aziz dalam kertas kerja bertajuk Nilai dan Etika Pengurusan mendapati bahawa setiap budaya mempunyai kekuatan yang tersendiri dalam memandu masyarakat kearah pembangunan mapan.


Pegangan agama yang kukuh dengan sistem nilai dan etika yang mantap akan memastikan sesebuah masyarakat akan membangun dalam konteks yang berpedoman. Sebenarnya, budaya dan agama adalah bertindak sebagai faktor pendesak yang kuat kearah kemajuan dan pembangunan.


Oleh yang demikian, pembentukan sesuatu model atau kerangka budaya kerja yang berasaskan agama akan menjadi mudah diterima oleh anggota dalam organisasi. Namun perkara tersebut bukanlah suatu yang mudah untuk dipraktikan dalam sesebuah organisasi, antara perkara yang perlu difikirkan iaitu :


(i) Sejauhmanakah tenaga kerja dari latar belakang yang berbeza di sesebuah organisai faham, yakin dan dapat menerima etika dan budaya kerja yang diketengahkan dalam pengurusan lean dan seterusnya menjadikannya sebagai paksi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab ?


(ii) Sejauhmanakah anggota organisasi tersebut dapat menerima etika dan budaya kerja asing walaupun dikatakan bersesuaian?


(iii) Bagaimanakah sesuatu idea pembaharuan tersebut dapat dilaksanakan dan menjadi teraju utama dalam proses penggubalan dan perlaksanaan dasar tersebut?


Kesimpulannya, ilmu, kefahaman dan kesedaran tentang budaya lean perlu dipergiatkan dengan menggunakan pendekatan yang berbagai. Dengan kesedaran akan wujud minat dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan program pengurusan lean. Budaya lama yang telah tertanam dalam sesebuah organisasi mengambil masa untuk diperbaharui. Barangkali pengurusan lean itu sendiri perlu dilihat dari sudut yang lebih islamik. Barangkali juga perlu ditonjolkan bahawa ‘nilai’ yang dihasilkan bukan sahaja untuk dipersembahkan kepada ‘makhluk’, tetapi juga untuk dibawa ke akhirat nanti !


~ Sekian, Semoga Bermanfaat ~

Thursday, April 3, 2014

BACAAN DALAM SOLAT

MAKSUD BACAAN DALAM SOLAT

Takbiratul-Ihram / Takbir


Allah Maha Besar.

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.