Sunday, July 15, 2018

Bab Saf dalam solat

Umar bin Al-Khattab (Radiallahu 'anh) telah mewakilkan tugas meluruskan saf kepada seseorang. Beliau tidak akan memulakan takbir hingga orang suruhannya itu memberitahu bahawa saf solat telah benar-benar lurus. Begitu juga dengan Uthman Dan Ali, mereka berdua sepakat untuk melakukan apa yang dilakukan oleh Umar. Ali selalu mengatakan : "Majulah wahai si fulan! Mundur sedikit wahai si fulan Sumber : m/s 226 - Kitab kesalahan-kesalahan orang yang bersolat (Abu Ubaidillah Masyhur bin Hasan bin Sulaiman) Terbitan Perniagaan Jahabersa 2009