Monday, January 31, 2011

12 Golongan Bangkit Dari Kubur

Firman Allah swt dalam surat al- Naba ayat 18 :- “Iaitu hari (yang pada waktu itu)ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok”

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut di atas pernah ditanya oleh Sayidina Mauz bin Jabal, katanya,” Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?” Maka Rasulullah menangis sebelum ,enjawab soalan tersebut kerana ialah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab: “Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki Neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adalah 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-

1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tertangga.

2. Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.

3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Ini balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.

5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengku dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbutan jahat.

7. Mereka yang keluar dengan tidak belidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8. Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya ketas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9. Mereka yang berwajah hitam,bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan Mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10. Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit-penyakit lain yang menjijikan.Ini adalah balasan mereka yang berani melawan ibu bapanya.

11. Mereka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

12. Mereka yang wajahnya bagaikan bulan pernama, berjalan di tas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan prang yang beramal salih dan menjahui maksiat serta solat limat waktu dan mati dalam keadaan bertaubah.

Muhasabahlah diri kita, dalam golongan mana sebenarnya kita berada. Moga kita berada dalam golongan orang yang beramal soleh. Insyallah.

Banyak-banyak sarang, sarang apa paling reput ?

Al Quran ada jawapannya......Surah Al-Ankabut ayat 41 : "Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahan sesungguhnya sarang-sarang yang sehabis-habis reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan."