Monday, November 28, 2016

Text Doa Untuk Majlis Rasmi (Pembukaan Kursus)

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama الله yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi.

Segala puji bagi الله yang mentadbir sekalian alam. Salawat & salam ke atas Nabi محمد s.a.w serta ahli keluarga serta sahabat-sahabat baginda sekalian.

Ya الله , wahai Tuhan kami, kami baca... ada hadis dimana الله bentangkan tangannya pada waktu malam untuk menerima taubat dari orang yang berbuat kesalahan pada waktu siang dan الله bentangkan tangan pada waktu siang untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan di waktu malam. Maka Ya الله ..... ampunilah segala kesalahan yang telah kami lakukan samada terang-terangan atau bersembunyi. Ampunkan kami Ya الله....

وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآ‌ۚ , وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآ‌ۚ , وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآ‌ۚ
maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami

Ya الله , kami berhimpun di sini... ada yang tinggalkan suami, ada yang tinggalkan isteri dan ada yang tinggalkan anak-anak untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang telah diserahkan kepada kami,

semata-mata keranaMu الله , semata-mata keranaMu الله , semata-mata keranaMu الله ,

Ya الله , Engkau lebih mengetahui masalah yang kami hadapi, berbagai usaha yang telah kami lakukan. Kami mohon Ya الله ..... Kau permudahkanlah urusan kami.....

ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخي , ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخي , ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخي

Ya الله , sepanjang tempoh kursus ini berilah kami peluang untuk mengenal kekuatan dan ruang penambahbaikan dalam prestasi organisasi kami. Mudah-mudahan kami mendapat ilmu untuk menguasai pendekatan baru dalam mengurus tadbir prestasi organisasi kami secara lebih tersusun, berkesan, sistematik dan strategik.

Ya الله , ada hadis yang kami baca... dimana Nabi s.a.w telah bersabda,
"..ilmu itu ada 2 macam - pertama ilmu yang hanya ada pada lidah yang merupakan hujah الله ke atas anak Adam. Kedua - ialah ilmu yang menyerap ke hati, itulah ilmu yang bermanfaat..


Maka Ya الله...kurniakanlah kami ilmu yang bermanfaat..., Ya الله...kurniakanlah kami ilmu yang bermanfaat..., Ya الله...kurniakanlah kami ilmu yang bermanfaat...,

Tuesday, July 19, 2016

PENGGUNAAN MINYAK ATTAR YANG SUNNAH



Pengalaman semalam tentang...

PENGGUNAAN MINYAK ATTAR YANG SUNNAH

1. Pemilihan flavour minyak attar adalah penting kerana yang boleh diterima oleh kita, mungkin tidak disukai oleh orang lain. Sebaik-baiknya cari yang universal.....yang boleh diterima ramai.

2. Penggunaan minyak Attar juga perlu mengikut kesesuaian majlis. Majlis yang bercorak ke 'dunia' an mungkin tidak sesuai dengan bauan minyak Attar.

3. Mungkin perbuatan mengenakan minyak attar pada pakaian menyebabkan bau bertambah kuat. Cukup hanya se'calit' pada nadi tangan, gosok, disapu leher dan kawasan telinga hingga bawah pipi/dagu.

4. Benarlah kata Nabi s.a.w dalam hadis tentang tanda akhir zaman. Bahawa pada akhir zaman nanti Islam akan kelihatan 'asing'. Maka kita yang nak mengamalkan Islam dan sunnah juga akan dilihat ASING !

Monday, July 4, 2016

Ibrah Pada Ramadhan Kali ini - 2016

Peringatan - 1

Ramadhan kali ini - terpaksa ke mahkamah sebagai saksi. Bila sebut mahkamah, walaupun sekadar jadi saksi dan dipihak yang teraniaya - debaran tetap ada. Maka.....terlintas di fikiran, ini baru mahkamah manusia, bagaimana Mahkamah ALLAH kelak ?

Peringatan - 2

Tahun ini - office buat pertandingan 'big looser'. Siapa berat berkurangan paling banyak di menang. Penimbang menjadi hakim. Sekali lagi terlintas, berat badan di akhir ramadhan boleh diukur, bagaimana dosa ? adakah turut berkurangan ?