Sunday, February 5, 2017

Indahnya Berada di Masjid

Surah At Taubah : 18
Sesungguhnya yang layak memakmurkan masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta (tetap) mendirikan solat, menunaikan zakat, dan tidak takut (kepada apa-apa pun) kecuali kepada Allah. Maka mudah-mudahan mereka termasuk dalam kalangan orang-orang yang mendapat petunjuk.
Hadis Riwayat Bukhari, Sahih Bukhari, Juz 1, No. Hadis 659, 1400H : 219 Imam Bukhari berkata,
Daripada Abu Hurairah r.a, dia berkata, "Rasulullah S.A.W. bersabda, "Para Malaikat sentiasa mendoakan salah seorang daripada kalian selama dia berada di masjid dan belum berhadas, "Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, rahmatilah dia." Dan seseorang daripada kalian senantiasa diberi pahala solat selama solat itu menahannya. Iaitu, tidak ada yang menghalanginya untuk pulang ke keluarganya, kecuali kerana dia hendak menunggu solat itu."