Sunday, September 23, 2018

Ringkasan Ihya' 'Ulumiddin : BAB Peraturan Dalam Bekerja
Keutamaan Dalam Bekerja diisyaratkan oleh sabda Nabi s.a.w berikut ini,
"Di antara dosa-dosa [yang dilakukan oleh manusia] ada sebuah dosa yang hanya boleh dihapus oleh kebingungan (kesusahan) ketika mencari penghidupan."
Nabi s.a.w. juga pernah bersabda,
"Seorang pedagang yang jujur itu pada hari kiamat nanti akan dikumpulkan Bersama para shiddiqin Dan syuhada."
Disebutkan dalam suatu riwayat, "Sesungguhnya Allah s.w.t sangat menyukai orang mukmin yang giat bekerja dengan keterampilan yang dimilikinya." Di sisi lain,Nabi s.a .w juga pernah mengatakan, "Tidak diwahyukan oleh Allah s.w.t kepadaku, 'Kumpulkanlah harta dan jadilah Seorang pedagang.' Akan tetapi yang diwahyukan kepadaku ialah, 'Bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, jadilah engkau termasuk orang-orang yang bersujud. Dan sembahlah Tuhanmu, sampai datang kematian menjemputmu

Sunday, July 15, 2018

Bab Saf dalam solat

Umar bin Al-Khattab (Radiallahu 'anh) telah mewakilkan tugas meluruskan saf kepada seseorang. Beliau tidak akan memulakan takbir hingga orang suruhannya itu memberitahu bahawa saf solat telah benar-benar lurus. Begitu juga dengan Uthman Dan Ali, mereka berdua sepakat untuk melakukan apa yang dilakukan oleh Umar. Ali selalu mengatakan : "Majulah wahai si fulan! Mundur sedikit wahai si fulan Sumber : m/s 226 - Kitab kesalahan-kesalahan orang yang bersolat (Abu Ubaidillah Masyhur bin Hasan bin Sulaiman) Terbitan Perniagaan Jahabersa 2009

Saturday, May 26, 2018

Menjaga Amanat dan Berlaku Adil

Ummu Salamah r.a., isteri Nabi SAW mengatakan bahawa Nabi SAW mendengar sebuah pertengkaran daripada balik pintu kamarnya, lalu Baginda keluar menemui mereka dan bersabda, "Aku ini hanyalah manusia biasa. Sesungguhnya pertengkaran atau perselisihan seringkali dibawa ke hadapanku. Mungkin sahaja salah seorang di antara kalian lebih pandai berlawan lidah daripada lawan musuhnya, sehingga aku menganggapnya benar, kemudian aku memutuskan memenangkannya kerana (kepandaian bicara) itu. Maka, siapa yang aku putuskan menang dengan mengambil hak seorang muslim, bererti itu adalah potongan dari api neraka. Oleh kerana itu, silakan dia ambil atau tinggalkan." (Hadis riwayat : Bukhari, Sahihul Bukhari, Juz 4, No. Hadis 7181, 1400 H : 338)