Friday, July 24, 2015

Tahun Kesedihan.....Kematian Abu Talib.....KHADIJAH KEMBALI KE RAHMATULLAH



Tahun Kesedihan

Kematian Abu Talib

Kegeringan Abu Talib semakin menekan, tidak berapa lama beliau pun meninggal dunia, kematian beliau adalah dibulan Rejab’ tahun kesepuluh kebangkitan Rasulullah, iaitu enam bulan selepas keluar dari pengepungan di lorong Abi Talib, ada pendapat yang menyebut beliau meninggal di bulan Ramadhan tiga hari sebelum kewafatan Khadijah (r.a).

Di dalam sahih Bukhari hadis yang diriwayatkan dari al-Musayyab: Bahawa Abu Talib ketika hampir kewafatannya beliau telah dihadiri oleh Rasulullah di sampingnya juga Abu Jahal, di sini Baginda menyeru Abu Talib: Wahai ayahanda sebutlah “lailahaillallah” satu kalimah yang boleh ku berhujah dengannya di hadapan Allah esok. Kata Abu Jahal dan Abdullah bin Abi Umaiyah: Wahai Abu Talib: Mahu kau tinggal agama bapa kau Abdul Muttalib? Beginilah keadaan mereka berdua, tarik menarik Abu Talib ke pihaknya, akhirnya Abu Talib menyebut: Aku di dalam agama Abdul Muttalib bersama dengan hembusan nafas terakhir, di ketika itu Rasulullah berkata: Sesungguhnya akan ku beristighfar untuk kau selagi mana aku tidak ditegah berbuat sesuatu untuk kau. Di masa itu turunlah wahyu Allah: yang bermaksud:

Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang yang beriman, meminta ampiin bagi orang yang musyrik, sekali pun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang musyrik itu adalah ahlineraka.
(at-Taubah: 113)
Dan turun juga ayat:
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam),
(al-Qashas: 56)

Tidak perlu untuk menjelaskan lagi bagaimana Abu Talib ini merupakan penjaga dan benteng kepada Rasulullah, hingga dakwah Islamiah boleh bertahan di sebaliknya, dari serangan kaum sufaha dan elit, tetapi beliau tetap dengan agama datuk moyangnya, sesungguhnya beliau gagal di sisi Allah. Di dalam sahih al-Bukhari satu riwayat dari al-Abbas bin Abdul al-Muttalib yang berkata kepada Rasulullah: Kau tidak boleh memanfaatkan bapa saudara mu itu, beliau mempertahankan dan membela kau, kata Rasulullah: Beliau di hujung api neraka, kalau tidak kerana aku, sudah pasti di lapisan terbawah api neraka.

Dari Abi Said al-Khudri, meriwayatkan, bahawa beliau mendengar Rasulullah menyebut tentang bapa saudaranya, dengan sabdanya yang bermaksud:
“Semoga syafaat ku boleh memanafaatkan beliau di hari Qiamat nanti, beliau diletakkan di hujung api neraka sampai membakar dua tumitnya “

KHADIJAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

Lebih kurang dua atau tiga bulan selepas kematian Abu Talib, Khadijah pula kembali ke rahmatullah, kewafatan beliau ialah di dalam bulan Ramadhan tahun kesepuluh kebangkitan Rasulullah, dalam lingkungan usia lima puluh enam tahun manakala Rasulullah berusia lima puluh tahun.

Sesungguhnya Khadijah adalah ni’mat dan anugerah yang teragung kepada Rasulullah, beliau bersama-sama Rasulullah untuk selama suku abad mencucuri Baginda dengan belai kasih sayang terhadap Baginda, di saat-saat genting dan meruncing, menyokong Baginda di waktu-waktu kegawatan yang diperlukan kepada sokongan dan bantuan, malah beliau menolong Baginda menyebar ajaran dan risalahnya, bersama-sama Rasulullah ke medan jihad suci, berkongsi kemewahan dan kesusahan dengan harta dan keringatnya pernah Rasulullah menyebut-nyebut kelebihan Khadijah dengan sabdanya yang bermaksud:

Beliau beriman denganku ketika manusia kufur dengan ku, membenarkan daku ketika manusia mendustai daku, berkongsikan daku haita-hartanya ketika manusia lain enggan memberi daku, dan Allah mengurniakan darinya anak-anak dan tidak mengumiakan anak dari yang lain.

Al-Bukhari di dalam sahihnya meriwayatkan hadith dari Abi Hurairah dengan katanya: Jibril (a.s.), telah mendatangi Nabi Muhammad (s.a.w) dan berkata; Wahai Rasulullah itu dia Khadijah (r.a.) telah datang bersama-samanya satu bekas, di dalamnya hidangan atau makanan atau minuman, bila beliau tiba ke hadapanmu, sampaikan kepadanya salam dari Tuhannya dan beritahu kepadanya berita gembira di mana tersedia untuk beliau sebuah rumah di dalam syurga, diperbuat dari permata baiduri tiada bising dan gangguan di dalamnya.

DUKACITA YANG SILIH BERGANTI

Dua peristiwa sedih yang menekan, berturut mengoncang perasaan Baginda dan menyayat hati naluri Rasulullah, dari situ musibah kaumnya bertubi-tubi menimpa Rasulullah, mereka lebih berani lagi dari masa yang lampau, terang-terangan mengancam Baginda dengan kenakalan dan penyiksaan. Selepas kematian Abu Talib, Baginda semakin bertambah duka nestapa, hingga terasa berputus asa dengan mereka, lalu Baginda keluar ke Taif dengan harapan di sana penduduknya akan menyahut seruannya dan membantu menghadapi kaum Quraisy, malang di sana tiada siapa yang mahu menyokong dan membantu, malah yang didapati penentangan yang lebih pahit lagi, Baginda mengalami lebih teruk lagi, dari apa yang diharap dari kaumnya.

Sebagaimana tekanan semakin hebat ke atas Rasulullah semakin hebat juga penyiksaan ke atas sahabatnya, hinggakan sahabatnya yang tersayang, Abu Bakr al-Siddiq mengambil langkah untuk berhijrah keluar dari Makkah, beliau keluar hingga sampai ke Birk al-Ghamad untuk pergi ke Habsyah, namun beliau telah di bawa pulang oleh Ibnu al-Dughnah dan meletak di bawah suakanya. Ibnu Ishak meriwayatkan: Setelah Abu Talib-meninggal dunia, pihak Quraisy mengancam Rasulullah dengan berbagai penyiksaan yang belum pernah dialami semasa hayat Abu Talib, malah golongan bodoh pun berani juga, pernah di suatu hari seorang lelaki bodoh berani menabur pasir ke atas kepala Rasulullah, Baginda memasuki mmahnya dengan tanah dan pasir bertaburan di kepala Baginda, salah seorang puterinya membasuh kepalanya sambil menangis, namun Rasulullah masih menenangkannya: Tak usah kau tangis wahai anakku, sesungguhnya Allah melindungi ayahmu ini. Quraisy tidak melakukan seberat ini, yang paling ku benci, melainkan selepas kematian Abu Talib.

Oleh kerana bertubi-tubi penyiksaan di tahun ini maka Baginda menamakan tahun berkenaan dengan tahun perkabungan dan dukacita, dan penamaan ini memang terkenal di dalam sejarah Islam.

PERKAHWINAN BAGINDA DENGAN SAWDAH (r.a.)

Dalam bulan Syawal di tahun kesepuluh kebangkitan Baginda, Rasulullah telah berkahwin dengan Sawdah binti Zam’ah, beliau adalah wanita muslimah yang memeluk Islam terulung. Beliau adalah penghijrah peringkat kedua ke al-Habsyah, suaminya ialah al-Sakran bin Amru telah memeluk Islam dan berhijrah bersama isterinya Sawdah, tetapi beliau wafat di bumi Habsyah atau selepas pulang ke Makkah, setelah selesai idahnya Rasulullah meminangnya dan berkahwin dengannya. Beliau adalah isteri pertama yang dikahwini Rasulullah selepas peninggalan Khadijah. Selepas beberapa tahun, beliau menghadiahkan gilirannya kepada Aisyah(r.a).

SECEBIS ULASAN MENGENAI PERKAHWINAN RASULULLAH DENGAN AISYAH ( r.a.)

Di bulan Syawal tahun kesembilan kebangkitan Rasulullah, Baginda telah berkahwin dengan A’isyah al-Siddiqah puteri Abu Bakr al-Siddiq (r.a.), usianya masih enam tahun, di mana Rasulullah berseketiduran dengannya semasa Baginda berhijrah ke Madinah, iaitu di bulan Syawal tahun pertama hijrah, ketika itu usianya sudah meningkat sembilan tahun.

No comments:

Post a Comment