Ringkasan Ihya' 'Ulumiddin : BAB Peraturan Dalam Bekerja
Keutamaan Dalam Bekerja diisyaratkan oleh sabda Nabi s.a.w berikut ini,
"Di antara dosa-dosa [yang dilakukan oleh manusia] ada sebuah dosa yang hanya boleh dihapus oleh kebingungan (kesusahan) ketika mencari penghidupan."
Nabi s.a.w. juga pernah bersabda,
"Seorang pedagang yang jujur itu pada hari kiamat nanti akan dikumpulkan Bersama para shiddiqin Dan syuhada."
Disebutkan dalam suatu riwayat, "Sesungguhnya Allah s.w.t sangat menyukai orang mukmin yang giat bekerja dengan keterampilan yang dimilikinya." Di sisi lain,Nabi s.a
.w juga pernah mengatakan, "Tidak diwahyukan oleh Allah s.w.t kepadaku, 'Kumpulkanlah harta dan jadilah Seorang pedagang.' Akan tetapi yang diwahyukan kepadaku ialah, 'Bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, jadilah engkau termasuk orang-orang yang bersujud. Dan sembahlah Tuhanmu, sampai datang kematian menjemputmu
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekelian makhluk)....... Al 'Alaq (1)
Sunday, September 23, 2018
Sunday, July 15, 2018
Bab Saf dalam solat
Umar bin Al-Khattab (Radiallahu 'anh) telah mewakilkan tugas meluruskan saf kepada seseorang. Beliau tidak akan memulakan takbir hingga orang suruhannya itu memberitahu bahawa saf solat telah benar-benar lurus. Begitu juga dengan Uthman Dan Ali, mereka berdua sepakat untuk melakukan apa yang dilakukan oleh Umar. Ali selalu mengatakan : "Majulah wahai si fulan! Mundur sedikit wahai si fulan
Sumber : m/s 226 - Kitab kesalahan-kesalahan orang yang bersolat
(Abu Ubaidillah Masyhur bin Hasan bin Sulaiman) Terbitan Perniagaan Jahabersa 2009
Saturday, May 26, 2018
Menjaga Amanat dan Berlaku Adil
Ummu Salamah r.a., isteri Nabi SAW mengatakan bahawa Nabi SAW mendengar sebuah pertengkaran daripada balik pintu kamarnya, lalu Baginda keluar menemui mereka dan bersabda,
"Aku ini hanyalah manusia biasa. Sesungguhnya pertengkaran atau perselisihan seringkali dibawa ke hadapanku. Mungkin sahaja salah seorang di antara kalian lebih pandai berlawan lidah daripada lawan musuhnya, sehingga aku menganggapnya benar, kemudian aku memutuskan memenangkannya kerana (kepandaian bicara) itu. Maka, siapa yang aku putuskan menang dengan mengambil hak seorang muslim, bererti itu adalah potongan dari api neraka. Oleh kerana itu, silakan dia ambil atau tinggalkan."
(Hadis riwayat : Bukhari, Sahihul Bukhari, Juz 4, No. Hadis 7181, 1400 H : 338)
Sunday, February 5, 2017
Indahnya Berada di Masjid
Surah At Taubah : 18
Sesungguhnya yang layak memakmurkan masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta (tetap) mendirikan solat, menunaikan zakat, dan tidak takut (kepada apa-apa pun) kecuali kepada Allah. Maka mudah-mudahan mereka termasuk dalam kalangan orang-orang yang mendapat petunjuk.Hadis Riwayat Bukhari, Sahih Bukhari, Juz 1, No. Hadis 659, 1400H : 219 Imam Bukhari berkata,
Daripada Abu Hurairah r.a, dia berkata, "Rasulullah S.A.W. bersabda, "Para Malaikat sentiasa mendoakan salah seorang daripada kalian selama dia berada di masjid dan belum berhadas, "Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, rahmatilah dia." Dan seseorang daripada kalian senantiasa diberi pahala solat selama solat itu menahannya. Iaitu, tidak ada yang menghalanginya untuk pulang ke keluarganya, kecuali kerana dia hendak menunggu solat itu."
Monday, November 28, 2016
Text Doa Untuk Majlis Rasmi (Pembukaan Kursus)
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama الله yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi.
Segala puji bagi الله yang mentadbir sekalian alam. Salawat & salam ke atas Nabi محمد s.a.w serta ahli keluarga serta sahabat-sahabat baginda sekalian.
Ya الله , wahai Tuhan kami, kami baca... ada hadis dimana الله bentangkan tangannya pada waktu malam untuk menerima taubat dari orang yang berbuat kesalahan pada waktu siang dan الله bentangkan tangan pada waktu siang untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan di waktu malam. Maka Ya الله ..... ampunilah segala kesalahan yang telah kami lakukan samada terang-terangan atau bersembunyi. Ampunkan kami Ya الله....
وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآۚ , وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآۚ , وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآۚ
maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami
Ya الله , kami berhimpun di sini... ada yang tinggalkan suami, ada yang tinggalkan isteri dan ada yang tinggalkan anak-anak untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang telah diserahkan kepada kami,
semata-mata keranaMu الله , semata-mata keranaMu الله , semata-mata keranaMu الله ,
Ya الله , Engkau lebih mengetahui masalah yang kami hadapi, berbagai usaha yang telah kami lakukan. Kami mohon Ya الله ..... Kau permudahkanlah urusan kami.....
ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخي , ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخي , ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخي
Ya الله , sepanjang tempoh kursus ini berilah kami peluang untuk mengenal kekuatan dan ruang penambahbaikan dalam prestasi organisasi kami. Mudah-mudahan kami mendapat ilmu untuk menguasai pendekatan baru dalam mengurus tadbir prestasi organisasi kami secara lebih tersusun, berkesan, sistematik dan strategik.
Ya الله , ada hadis yang kami baca... dimana Nabi s.a.w telah bersabda,
Maka Ya الله...kurniakanlah kami ilmu yang bermanfaat..., Ya الله...kurniakanlah kami ilmu yang bermanfaat..., Ya الله...kurniakanlah kami ilmu yang bermanfaat...,

"..ilmu itu ada 2 macam - pertama ilmu yang hanya ada pada lidah yang merupakan hujah الله ke atas anak Adam. Kedua - ialah ilmu yang menyerap ke hati, itulah ilmu yang bermanfaat..
Maka Ya الله...kurniakanlah kami ilmu yang bermanfaat..., Ya الله...kurniakanlah kami ilmu yang bermanfaat..., Ya الله...kurniakanlah kami ilmu yang bermanfaat...,
Tuesday, July 19, 2016
PENGGUNAAN MINYAK ATTAR YANG SUNNAH
Pengalaman semalam tentang...
PENGGUNAAN MINYAK ATTAR YANG SUNNAH
1. Pemilihan flavour minyak attar adalah penting kerana yang boleh diterima oleh kita, mungkin tidak disukai oleh orang lain. Sebaik-baiknya cari yang universal.....yang boleh diterima ramai.
2. Penggunaan minyak Attar juga perlu mengikut kesesuaian majlis. Majlis yang bercorak ke 'dunia' an mungkin tidak sesuai dengan bauan minyak Attar.
3. Mungkin perbuatan mengenakan minyak attar pada pakaian menyebabkan bau bertambah kuat. Cukup hanya se'calit' pada nadi tangan, gosok, disapu leher dan kawasan telinga hingga bawah pipi/dagu.
4. Benarlah kata Nabi s.a.w dalam hadis tentang tanda akhir zaman. Bahawa pada akhir zaman nanti Islam akan kelihatan 'asing'. Maka kita yang nak mengamalkan Islam dan sunnah juga akan dilihat ASING !
Monday, July 4, 2016
Ibrah Pada Ramadhan Kali ini - 2016
Peringatan - 1
Ramadhan kali ini - terpaksa ke mahkamah sebagai saksi. Bila sebut mahkamah, walaupun sekadar jadi saksi dan dipihak yang teraniaya - debaran tetap ada. Maka.....terlintas di fikiran, ini baru mahkamah manusia, bagaimana Mahkamah ALLAH kelak ?
Peringatan - 2
Tahun ini - office buat pertandingan 'big looser'. Siapa berat berkurangan paling banyak di menang. Penimbang menjadi hakim. Sekali lagi terlintas, berat badan di akhir ramadhan boleh diukur, bagaimana dosa ? adakah turut berkurangan ?

Subscribe to:
Posts (Atom)